Kaedah termudah untuk menulis wasiat anda.
Cepat dan mudah.
Mudah Berguna
Tiada kerumitan.
Kos Efektif
Bayar untuk perkara penting sahaja.
Badan yang Diiktiraf
Kakitangan yang berwibawa.
Wasiat merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
Jika anda meninggal dunia tanpa berwasiat, Pusaka anda mungkin tidak dapat diserahkan kepada penerima yang dihajati.
Pusaka
merangkumi semua aset tak alih (rumah atau tanah) dan alih (akaun bank,
saham, kereta dan sebagainya) yang didaftarkan di atas nama simati.
Aset tersebut hanya akan dibahagikan setelah hutang piutang, belanja
pengkebumian dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran berkaitan kematian
diselesaikan.
Jika
anda mempunyai Wasiat yang sah, anda dikategorikan sebagai ‘meninggal
dunia dengan Wasiat’ di mana segala kemahuan dan arahan anda dinyatakan
dengan dengan jelas di dalam Wasiat tersebut.

- Wasiat hanya berkuat kuasa setelah anda meninggal dunia.
- Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas dan sempurna akal layak membuat Wasiat.
- Wasi atau Pentadbir adalah individu atau organisasi yang dilantik untuk memastikan hasrat anda dilaksanakan mengikut Wasiat anda dan undang-undang terpakai.
- Wasi bertanggung jawab menguruskan keseluruhan proses pentadbiran pusaka anda.
- Wasiat yang dirancang dengan baik akan memastikan kebajikan waris anda diutamakan dan dilaksanakan secara profesional.
- Wasiat memberi hak kepada anda untuk memilih penjaga yang boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan anak-anak anda terutamanya yang di bawah umur dan orang kelainan upaya selepas anda meninggal dunia.